Friday, 15 June 2012

Pembasmian Wabak Demam Denggi 

Dilaporkan berlaku peningkatan dalam kes demam denggi di Terengganu sejak kebelakangan jnj. Situasi ini harus dipandang serius oleh kita semua, Wabak demam denggi ini jika tidak mendapat rawatan segera boleh membawa maut kepada penghidapnya. Justeru itu langkah-langkah pembasmian wabak ini hendaklah diberi perhatian dan seharusnya mendapat kerjasama daripada kita semua.

Tindakan-tindakan  berikut boleh membantu mencegah wabak ini daripada merebak.
  • Pastikan persekitaran rumah, sekolah dan asrama kita sentiasa bersih.
  • Pastikan tiada kawasan atau bekas yang bertakung air
  • Masukkan abate ke dalam takungan air bagi membasmi jentik-jentik
  • Pastikan tingkap rumah ditutup awal.
  • Semburkan aerosol di dalam rumah
  • Segera mendapatkan rawatan di klinik sekiranya demam
Keprihatinan dan tindakan awal daripada kita semua boleh mencegah wabak ini daripada merebak dan boleh menyelamatkan nyawa !
Marilah sama-sama kita beri kerjasama.

No comments:

Post a Comment